Sunday, 28 June 2015

Ramadhan, 10&11

Bismillah,

Salam 12 Ramadhan :)

Dah masuk fasa kedua dah Ramadhan kita .

Allahumma innaka 'afuwwun kareem tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna ya kareem. 

Moh ler kita banyakkan berdoa mohon diampunkan segala dosa. 

Kalau pipah ada buat salah ka apa ka pipah mintak maaf na :( mana la taw kan kita ni manusia, kadang buat silap, kita tak perasan pon.

Sebenaqnya kalau ikut planning pipah nak habiskan kisah kemsis (maybe ada lagi dua part kot, amboi rajinnya kau!)  tapi pepagi  ni fefeeling  kemsis tak mai pulak huhu. *lap ayaq mata

Pipah baru ja sampai Perghlih kemarin dulu, sampai dalam 6.45 pm gitu balik rumah sat, lepas tu teruih pi rumah tok. Berbuka kat rumah tok . dapat la jumpa gewe pipah uhuks haha, Muhammad Emeer Eidlan. Wei kapa jangan salah paham pulak na . 

Mak su kata la ni dia tak mau makan nasi, kerja minum susu ja, alahai awat la Muhammad oiii, makan lah nasik sama, badan tu dah nampak susut :(



ni la gewe pipah ehehe
menjaga baby dan muhammad emeer seorang diri bukanlah satu kerja yang mudah haha, sorang menangis, lagi sorang dok menyendeng mintak susu . jaga deme berdua sendirian sebab bagi peluang emaknya tarawih berjamaah ahaha , lagipon pipah baru sampai kan petang tu, ingat nak berehat rehat la tapi............... hhahaha

Baby bambam

tengok tu! dah dapat susu tangannya laju ja dok gentel bantai pooh dia.
 malam tu balik dari rumah tok pon lewat gak ah,pastu singgah rumah mak tam pulak hantaq makanan.


Ini kisah kemarin pulak, pipah malas nak buat entri baru haha pasai dah terupload gambaq kat entri ni, kita teruskan saja...

Kemarin, pipah telah diberi kepercayaan oleh abah dan umi untuk pi ambik kakak maid, pi hantaq & ambik adik tuisyen sendiri, i mean drive alone lah pheww, oo btw, umi ambik kakak ni hari ahad ja,mai tolong kemas kemas sikit pastu iron baju, sebab umi tak dan nak iron baju almaklumlah umi sibuk dengan tuisyen pagi petang, pipah pulak balik jarang jarang sekali kannnn T_T. 

Pagi tu lepas hantaq adik tuisyen, umi mintak tolong ubah pasu bunga dia dari belakang ke halaman depan, nak raya katanya, nak bagi meriah sikit rumah dengan pokok bunga, pasunya pulak bukan satu tapi berbelas mashaAllah mashaAllah haha. Umi pon ada la mai tolong tolong angkat sekali, lepas dia bagi kerja kat bebudak tuisyen dia tu.




Tengahari tu, masa tengah rehat rehat, terlintas dalam benak fikiran nak habaq kat abah kata tak mau masak hari ni. ya la penat kot angkut pasu, berat mak aiii. tak dan nak habaq lagi abah dah kata "angah satgi rebuih ketam, udang tu buat sambai tumih dengan petai , ikan bakaq ja atas pan tu"

Hancus harapan nak bermalas malasan!

Sebenaqnya tak dak lah payah mana pon, mau dengan tak mau ja

Tapi, alhamdulillah Allah bagi kekuatan kat pipah dan tadaaaa.


ketam rebuihhhh dap aaaaa

sambai tumih udang petai.


Sambai tumih ni resepi abah, ni serius sedap, bukanlah nak cakap pipah masak sedap ka apa ka sebab pipah memang tak pro memasak huhu, tapi pes sambai tu yang umphh. Bila dah bukak posa tu, pipah cakap la "amacam sambai tumih?"  abah kata "tak luluih lagi ni, sebab sambai abah yang buat," alaaaa baru nak bangga 






Ni pulak makanan tambahan, tak dak dalam plan asai,,, burung puyuh goreng ,pipah namakan dia 'puyuh sopan' haha ikan tu pun pipah goreng, malaih la nak guna pan bakaq bagai.  oh lagi satu tu, masak lemak cempedak, selalu orang guna nagka kan, tapi kali ni kita guna cempedak muda, kawan umi yang bagi buah cempedak tu . kiranya semalam pipah belajaq lagi satu resepi la, masak lemak cili padi cempedak phewww. umi kata sedap & lulus ecewah kembang lah tu!







petang tu tiba tiba tok abah dari Terengganu call umi, nak tanya dah sampai ka barang dia pos. 
Haha berpeluang lah pipah dengaq umi cakap ganu.

Umi:"Aboh ni,adik hanta tu tak mboh balasang pong"

Tok abah : "Dok mende la, orang nak kirim, mok kate makang raye nanti"

Hari tu masa musim harumanih tu, umi poskan mempelam ke tok abah ngan tok mek. Actually, tok aba hngan tok mek ni mak ayah angkat umi masa umi belajaq kat Terengganu dulu. Tapi alhamdulillah umi masih dok contact dengan depa.

Pipah pon baru beberapa kali ja jumpa tok abah ngan tok mek ni. Last sekali pi Terengganu dulu, time pipah sekolah lagi kot, tapi masih ingat lagi tok mek punya nasi dagang, sedapppp angat. 

Abah pon ada cakap semalam nak pi ziarah depa cuti ni inshaAllah :)




Menyempat pulak pi singgah beli cool belog, haihhhh kelaut lah diet pipah T_T sob sob, masih tak boleh move on dengan cool beloq dark chocolate pearl, heavennya ahhhh.

oh pagi tadi masa soq, abah kata 'balik rumah ni tak payah diet , makan ja nanti balik nilai diet la '

mana boleh abah, dah hampir nak capai target ni ehehe.


okay nanti kita cerita lagi, cerita sepanjang sem pulak k, but priority untuk entri kemsis. tunggu sikit lagi mai la feeling entri kemsis tu.

#AzamRamadhanAfifahtajul ,salah satunya ada dalam entri ni !

Till we meet again.


                                                                                                 salam sayang,
                                        afifahtajul








Tuesday, 9 June 2015

Kemsis (Part 1)

Bismillah.

Assalamualaikum, Hi ebelibodeh hehe.

Nak kata lama tak post, baru kemarin post entry baru haha.Minggu ni kita cuci sawang sawang dekat blog ni :)

 Dia dan dah mai semangat nak berblogging tu jangan dok kata apa dah. Masalahnya study tak pulak pipah semangat sampai macam ni. Mohon doakan pipah dan kawan kawan dipermudahkan jawab soalan exam nanti .

Hari ni pipah’excited’ sikit nak cerita pasal satu pengalaman yang terindah dan jugak mematangkan hidup pipah. Ecewah ayat ~ Haha

Pipah nak cerita pasai Kemsis ni wehuuu. Dah lama kot pipah dok taram nak tulis pasai kemsis ni tapi tak dan, terasa la sem ni sangat sibuk. Macam macam hal, derma derma derma FPD (okay tu next entry) isyaAllah.

Pipah bahasakan diri as kak pipah la na entri kali ni, baru fefeeling kemsis mai balik hahaha *terbit ayaq mata rinduuuuu huhuhu.

Satu malam tu, kami exco dan krew biro kebajikan & komuniti SekreFaST  ada la buat satu meeting dekat Restoran Pu (acacia) sebab dah boring asyik dok buat kat surau KK! ja sebelom ni.. Hari selasa mau tak silap sebab baru habis kelas statistics. Hari tu memang sangat letih. Dalam pukul 10 malam lepas kelas tu, mintak hanis drop dekat acacia. Pastu kami berdua (pipah & sha) berjalan lah naik acacia. Sampai sampai masa tu asyran, sham dengan tasya dah ada dekat restoran dah siap order ayaq lagi haha. Tapi hannan tak mai malam tu,ada urusan kot.

Ada la dibincangkan beberapa hal berbangkit (meeting kan). 

Ni antara sekolah yang mintak USIM(FST) buat program KEMSIS
1) SMKA Sharifah Rodziah (17,18,19 April 2014) – Asyran
2)SMKA Maahad Hamidiah Kajang – Hannan
3)SMK Bandar Baru Salak Tinggi –Tasya
4)Sekolah Agama Mentinggi Tunku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) –Sha
5)Sekolah Menengah Persekutuan Bentong (SUPERB) – Pipah
6)SMKA Sheikh Hj Mohd Said –Sham

Sebenaqnya 2 sekolah ja yang bagi respon nak buat kemsis ni, ShaRodz last last minit terpaksa batal. 2 sekolah tu ialah SAMMTAJ & SUPERB  dan tarikh asal Kemsis ni sepatutnya 10-12 April 2015. Serentak kot! Dah tak dak tarikh lain, Sha s/u SAMMTAJ, Pipah s/u SUPERB. Memang cuak jugak la mula mula tu. So malam meeting kat PU tu, kami bahagi jadi dua team. Satu team SAMMTAJ satu team SUPERB.

Ingat lagi malam tu, haha masa bahagi team tu. Kak pipah buat dua column, satu SAMMTAJ satu SUPERB. Lepas tu masukkan nama exco, krew dan rakan exco. Yang asyran dengan sham ni pakat  confius nak pi mana satu.Kalau tengok kat buku catatan kak pipah nama depa dua ni la banyak potong potong. sat Sham nak pi Sammtaj sat ann nak pi Superb. Tulih potong tulih potong. So kak pipah letak nama krew dengan rakan exco dulu lah. At last barulah sham kata ‘Tak pa lah aku pi Pahang’.  Jadinya…

TEAM SUPERB

Sham , Pipah , Hannan , Luqman , Redza , Miyya , Lin ,Aliya

TEAM SAMMTAJ

Ann, Sha, Tasya, Mad, Dauh, Shae, Syiqin , Qeela

Eh terskip pulak part telepon sekolah,Ha! Sebelum telepon sekolah tu , kak pipah kena mintak no telepon sekolah tu dulu dekat En(okay tak ingat nama)  sbb dia yang uruskan bahagian sekolah angkat USIM ni.

Dah dia email tu, maka kak pipah pon dapatlah no SUPERB. J

Kak pipah pon memberanikan diri telepon SUPERB haha (awatlah yang takut sangat pipah niii) Tapi iya la, tak pernah kot urus program sebelum ni,nak kol kol orang bagai. (low self esteem huhu :’( ) But Alhamdulillah sekarang makin improve wehuuu yeayy!

Mula mula tu cakap dengan kerani (dah telepon sekolah kan), lepas tu Puan tu cakap satgi telepon balik sbb PK tengah meeting. Tak pa la dalam pukul 12.30 tu kak pipah pon kol la balik SUPERB dan telah disambungkan ke Cikgu PK tu, tak ingat lah pulak namanya haha. Cuak! Memang cuak, cakap cakap cakap dan explain itu ini pasal kemsis but at last Cikgu tu suruh contact En Fadzil (Kaunselor SUPERB).

Okay, kak pipah pon kol lah cikgu fadzil. Tapi masa tu dia tengah cuti haha. Sorry lah mengganggu cuti cikgu. Cikgu kata nanti dia telepon balik sebab dia pon kurang jelas pasal program ni.

Satu malam tu, kak pipah ada discussion Fiqh Ibadah & Munakahat dekat restoran Adam (discussion lah sangat-pipih pilih tajuk assignment ja pon &makan) , tiba tiba ada panggilan masuk dari cikgu fadzil.  Mula mula tu cikgu tanya ‘afifah ni orang mana?’mungkin dia dengaq loghat utagha kak pipah lah kot tu yang boleh tanya haha, kak pipah pon cakap lah orang perlis cikgu, pastu dia kata ‘Ha senanglah boleh cakap utagha’ haha rupa rupanya cikgu pon orang belah belah utagha jugak.Pastu kak pipah pon explain la sekali lagi pasal kemsis ni blablablablablablablabla.. dan dapat lah tarikh 10-12 april tu.

Maka bermulalah proses penghasilan kertas kerja hahahaha*gelak jahat

Hujung minggu tu,hari ahad kami berkumpul dekat bangunan tamhidi untuk siapkan paperwork tu. Alhamdulillah la ada contoh, so mudah lah sikit proses tu.

Yang dapat hadir hari tu hmm sapa eh, Ann Pipah Sha Miyya & Shae. Sha settlekan SAMMTAJ , Kak Pipah SUPERB, Miyya & Shae paperwork Program Anak angkat(tapi sayangnya tak sempat nak buat huhu semangat kot kami siap pi Felda Bukit Rokan lagi jumpak penghulu dia nk buat program ni eh focus kemsis pipah!)

Pagi sampai tengahari , ada la jugak kak pipah dengan sha bawak makanan hari tu,nak makan sama2 ehehe J. Miyya dengan Shae pulak ditugaskan cari alumni sammtaj dan superb & sapa 2 yang nak join kemsis nii. Alhamdulillah sangat proaktif bebudak ni, cepat ja dapat orang ,.

~~~~~~~~~~~~~~~~~ To be continued ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*kak pipah dah pening sebab menaip dalam bas ni , inshaAllah nanti kak pipah sambung lagi!






Monday, 8 June 2015

Confession *winkwink

Bismillah, malam ni kita kasi dua entri teruih tediaaa.

Ni kisah Jumaat lepas pulak (5 Jun 2015) <<< tarikh tok jah meniggal, Allahummaghfirlaha warhamha :(  

okay sambung balik, hari tu abah bawak pi Jalan Tar kononnya nak cari baju raya lah kann tapi masuk satu kedai ja pastu memasing dah pakat tak larat nak jalan dah terus beli kain baju raya kat situ haha. Lepas beli baju tu, kami patah balik masuk Sogo manusia ramainyaaaaaa Ya Rabbi serabut cheq rasa. Cheq tak boleh kalau bersesak-sesak ni, tak selesa. 

Memula stuck dekat bahagian handbag, well besala pompuan, eh bukan pipah na yang sangkut kat situ , haha umi dengan along tu sakan nau memilih. abah pulak dok memilih cadar baru untuk homestay. pipah dengan adik ni dok menunggu tepi tiang ja la hmm..

Dah bayaq semua tu pipah dengan along pon dengan sadonya angkut barang barang tu pi simpan dalam kereta dulu pastu naik balik sambung shopping hahaha.Masa turun letak barang dalam kereta tu sempat lagi dok pi ambik gambaq dekat kereta mini cooper sapa la tak taw. Kena pulak masa tu pakai baju merah FPD, mini cooper tu pon warna merah. Ada jodoh lah kot dengan mini cooper hahaha.*Berangan  mat jenin sangat! 

Lepas letak barang tu, kami singgah beli hot & roll dulu, ni lagi satu awat yang mehei sangat. benda hok orang suka tu lah nak mehei sangat fuhhh. okay tak pa la yang tu. dah beli makanan tu kami pon naik la atas, bahagian pakaian lelaki, abah pulak tersangkut kali ni.. cari baju raya abah pulak!! haha

So pipah apa lagi dengan rasa tidak bersalahnya terus bersila dekat tepi koridor ( eh koridor ka? ) lantak lah,,, umi dengan adik pon turut join sekali. abah dengan along masa tu dah tak taw dok mana dah.

Masa dok duduk lepak lepak dengan umi dekat koridor tu (kita anggap koridor lah eh) tiba tiba mulut ni pi gatai tertanya umi satu soalan .Huwaaaaaa

Boleh pulak cheq pi tanya umi 'Umi dulu masa belajaq ada suka kat sapa sapa dak?' Terus umi tengok pipah pastu cakap 'Tak dak, orang yang dok suka kat umi'. pastu umi tanya lagi 'Awat? angah ada suka kat sapa2 ka?'

Habih lahhhh kantoi pipah!!

Pipah geleng pastu cakap ' Tak dak la tapi takut tersuka' (sebab dok rasa macam ada suka sikit sikit la, sikit okay! sebab tu takut) 

Pandai ja umi korek2 sampai habih semua pipah cerita .. dan pipah sebenaqnya memang share semua cerita pipah dengan umi, cerita sedih duka suka gembira cinta (eh takdak lagi) masalah dengan kawan even kisah nak kuruih pon semua pipah share dengan umi :).

'Budak Usim ka?'
Ya umi

'Kos apa?'
--------

'Budak mana?'
---------- 
Jauhnyaaa

'Ada gambaq dia?'
Ha! kebetulan ada *sambil scroll gallery phone

umi belek ja gambaq dia.
'Gelap jugak budak ni'
Memanglah, tak hensem pon,besa ja (umi ingat angah ni memilih sangat eh **' ,tapi ada rupa gak la kahkahkah dan pakai spek mata oopsss ^^)

'Dia ada approach angah ka? mesej angah?'
takdak la approach, wasep pasai kerja tu ada lah.

'Umi ni kalau boleh nak yang hapai Quran, ustaz' 

Hmmmmm angah cerita ni bukan sebab angah suka kat dia umi naa, tapi angah takut tersuka :(

'Umi paham'

Umi tolong doa kat angah naa :')


#SukaDalamDiamDoaDalamDiam #MisiMenjagaHatiPipah #JihadJagaHatiPipah 


*Jangan ingat budak sains semua tak soleh, kadang kadang tu budak sains lagi soleh ehehe dan hapai Quran jugak kbai. *muka tenang


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Doktor nak meminang ?????

Bismillah :)

Hello ebelibodeh haha lama kan tak menulis. serius tak dan nak mengadap blog pon sem ni :'(
Banyk benda nak cerita sebenaqnya niii  ; Biro kebajikan SekreFaST, Kemsis , Candlefast , Makan2 biro kebajikan, jalan jalan cari baju raya eh!

7 Jun 2015, Ahad.

Minggu ni dah start study week tapi pasaipa tak tau tak dak mood langsung nak exam huhuhu. okay kita cerita kisah hari ahad dulu na. 

Hari ahad tu lepas umi habih tuisyen, kami semua siap2 la nak pi makan kenduri. Rumah kendurinya pulak jauh kemain. masuk lorong kecik yang amat, kenduri kampung. tapi alhamdulillah puaih sebab masakan kampong haha ulam pucuk janggus dengan petai rebus tu yang tak menahan tu! 

Dah habis kenduri, pipah mintak la adik ambikkan gambaq pipah dengan umi dan abah. Bila umi tengok balik gambaq tu umi tanya 'angah ni ikut muka sapa?' haha teruih abah jawab 'dah anak jantan abah, ikut abah lah' alahaiii abahh :')

Lepas kenduri tu, kami teruih pi KMC (Kedah Medical Centre), tengok baby Ariana. Kesian dia. Dah dekat seminggu warded situ. Syafakillah baby! Ramai jugak la yang pi ziarah baby hari ahad tu.

Tiba tiba masa nak balik tu kan, lepas salam mak su tok mek semua,..

mak tam tanya ' Apah, kalau ada orang nak meminang apah, apah nak dak? dia doktor.'

MasyaAllah terkedu sat pipah depan pintu ward tu,serius terkejut sebab tak pernah lagi dapat pertanyaan yang species sebegitu,,, dah la ada abang pak su, tok mek lagi masa tu.

Hahahahahahaha

Pipah just senyum ja kat mak tam masa tu (tapi no eye contact lahhh) sebab terkejut tak habih lagi kahkahkah.
Kebetulan pulak abah ada masa mak tam tanya tu, dan abah pon dengaq apa yang mak tam tanya.

Pipah still kat pintu ward kononnya tunggu abah lah. lepastu dengaq abah cakap 'hahaha kurang kurangnya hafiz' 

abahhh abahhhh .. nampak dak kat situ? walaupon abah cheq bukanlah alim ulama', bukanlah hafiz, bukan jugak doktor tapi dia nak yang lebih baik untuk anak anak dia :'( pipah pon tak expect sebenaqnya abah nak cakap lagu tu huhu.. lap ayaq mata :')

Dan perihal doktor tu termati di situlah haha babai doktor. *flip tudung

Tapi kalau umi taw pasai ni, confirm terhidup balik perbualan bab ni. -_-'


-----------------------------------------------------------------------------------------