Sunday, 4 October 2015

Kemsis (Part 2)

Bismillah,

Assalamualaikum, Hi semua. Selamat kembali ke universiti @ kolej masing masing.
Actually, dah lama kak pipah nak sambung cerita kemsis ni, tapi masa cuti hari tu, blog lansung tak boleh bukak kot sedihhhh weii. 

so sekarang kita sambung lah ya cerita kemsis kita wiwiwi.

fasi dah dapat dalam 30 orang macamtu, tup tup satu hari tu cikgu fazil call kak pipah cakap kena ubah tarikh. sebabnya superb ada program apa ntah 10-12 april tu.

Jadinya, bila tarikh dah berubah, ada jugak la fasi yang tarik diri, nak buat macamana kann..

so, first meeting, kami semua jumpa kat surau kk1 USIM. Masa tu macam awkward jugak ahh. ya la, tak kenai sangat kan fasi fasi ni, sebab campoq campoq kos. Tapi, Alhamdulillah, semua fasi bagi komitmen dan depa semua baik hati. 

Semua pakat buat kerja masing masing, ikut ajk masing masing. serius cakap, ni first time kak pipah urus program dan banyak pengalaman yang superb best kak pipah dapat.  amek kau! dah superb ,best pulak tu, kita tambah lah awesome sekali :)

Malam Rabu, 8 April kami para fasi kena pi TOT. Mesti hampa tertanya-tanya kan apa TOT tu kahkahkah,, TOT tu stands for Training of Trainer under pihak Perintis Youth. Sebabnya  Kemsis ni kan kita guna modul Perintis. Kang nanti dah sampai waktu program tak taw apa benda pon. Hahaha dan malm tu kak pipah pon dengan semangatnya terponteng kelas Teknik Pengkomputeran Biostatistik *jangan tiru aksi ini !!!

Kak Pipah stay kat Pusat Tamhidi dari petang lagi hari tu, sebabnya nak pi bagi sampul kutipan derma sama dekat Fina, student architecture. So kak pipah pon stay lah dekat surau tamhidi tu sambil siapkan reben untuk hamper adik-adik superb. Jangan main-main, handmade okay ! 

oo sebelum tu, segala barang-barang makanan yang nak letak dalam hamper tu kak pipah, kak ann dengan miyya dah pi beli seminggu sebelum tu lagi.. Kiranya malam TOT tu, kami mt dengan ajk hadiah ni pi awai sikit la nak balut hamper. 

TOT malam tu disampaikan oleh Kak Hajar, wakil Perintis.. Dia cerita habih lah pasai explorace, slot Love Science, Love Islam dan semua slot yang under Perintis Youth lah. Best!

Perjumpaan kami,para fasi yang seterusnya diadakan hari Rabu dua hari sebelum Kemsis, masa tu semua ajk  update lah perkembangan unit masing-masing. 

Sebelum tu,, lepas kelas hari Rabu tu, tetiba kak hannan wasep kak pipah tanya pasal fail.. Mak aiiiiii fail tak beli lagi weiiii. Kak pipah pon terlupa Cikgu Fazil cakap hari tu, yang sekolah tak sedia fail.. Hohoho jadinya, malam tu kak pipah dengan kak hannan gelut-gelut lah pi beli fail dekat Giant. Jangan memain pi Giant pon kak pipah bawak paperwork kot hahahahaha apa lah kak pipah ni,,

tak ingat dah sapa yang ambik gambaq ni, kak pipah dok merepek apa pon tak taw lah ni.



Khamis malam pulak, kami para MT ni buat lagi satu perjumpaan, ni kira last meeting lah, nak touch up apa2 yang patut.Setting fail fail, masukkan kertas dalam fail dan sebagainya. Dah kebetulan ada popia ayam dalam peti tu, kak pipah pon goreng lah bawak pi makan ramai ramai. Dan sejak itulah popia ayam bertukar nama menjadi nugget gentel pipah. Ada satu adegan yang terjadi malam tu, tapi kami hanya para MT pompuan ja yang tau kahkahkah. Biarlah hanya tinggal kenangan. Rindunyaaaaa.

okay lah takat ni dulu naa.. nantikan kemsis part 3 pulak tau!! tapi ada satu cerita sedih yang kak pipah akan kongsikan kat entry tu nanti sobs huwaaaaa T_T