Thursday, 6 November 2014

Teman yang baikkah aku?



Bismillah~


Salam jumuah (:





Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, 
“Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? 

Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud),
 “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.

Sahabat bertanya lagi, 
“Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” 

Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”



    
Takut sebenaqnya bila baca hadis ni..takut andai diri ni tak dapat jadi sahabat yang baik.

and i have some friends , indeed they are very close to me, tapi tu la, tak cukup ilmu lagi, tak tahu macammana nak tegoq depa..sbb nak berdakwah ni kan kena 'bilhikmah' (: 



“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” 

 (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a).

for now, i just can pray for them.. lemahnya iman aku!! Huhu T_T   Tapi doa kan senjata orang mukmin..so why not just put your trust in Him kan?

ada jugak la kekadang guna media sosial ,, retweet tarbiyah sentap punya tweet :P ..hanya mampu mengharap depa baca laa..

teringat masa kat halaqah rabu lepas,kak fairuz (my masu'l) ada cakap.. "sepatutnya bila kita rapat dengan dia ,lagi senang la kita nak tegoq dia, nak ajak dia buat baik"



Aku juga sedang berusaha nak jadi baik, dan nak ajak orang jadi baik..


so pray for our brothers and sisters all over the world


Peace yo!




1 comment: