Assalamualaikum, Hi hehehe
dah nak habis cuti sem baru sempat cuci sarang dalam blog ni. cuti tinggal dua minggu ja lagi. i memang tak kerja part time masa cuti tapi i tetap sibuk as 'a full time housewife' hahahahaha.
okay meh sini nak sambung story mory kemsis part three. moga moga ni last part,
hari tu berenti kat mana eh? oh hari nak bertolak pi superb kan :)
![]() |
boleh dah ni jadi model superb |
hari jumaat- 24 April 2015 hahaha berkurun punya cerita tapi nak jugak cerita kat sini. dalam pukul 2.30 kot kami berkumpul dekat kk1, angkut barang semua lepastu bertolak ke superb. nak dijadikan cerita, tagging fasi ka sticker nak lekat dekat fail tu ntah tertinggal pulak dekat kk1 (asrama usim). kami pon berenti la dulu dekat Masjid Nilai tu sementara tunggu kawan luqman mai hantaq benda tu. lepastu bermulalah permusafiran kami ke Negeri Pahang. Dalam perjalanan tu, kami beberapa orang yang duduk kat bahagian depan bas ni (sapa ja eh, Hannan, zureen, miyya, lin.. tu ja kot ) sibuk dok lekatkan sticker dekat fail adik adik. ada jugak yang bertugas edarkan tagging fasi dalam bas . Habis lekatkan sticker tu kami berjamuan nuget gentel sikit wiwiwi (orang orang yang dok depan ja la yang merasa) hahaha
![]() |
masih dalam simpanan kak pipah :) |
lepastu tak ingat la apa yang kami buat, tidoq kot dalam bas tu .......................... ohh ada la jugak sembang sembang dengan pak cik bas hehe
kami sampai dekat superb dalam pukul 6++, yang pastinya masuk ja rumah semua fasi kalut kalut sebab tak sembahyang asaq lagi. masuk ja superb kami terus disambut oleh adik adik superb ni, kiri kanan jalan depa tunggu tunjuk arah (dalam kawasan sekolah la). depa ni memang friendly wehuuu.. tolong angkat barang barang, beg fasi pon depa nak tolong angkat hahaha. petang tu la baru first time jumpa cikgu fazil. sebelum program, semua urusan melalui telefon ja. Alhamdulillah, cg pon dah siap bahagi ajk lagi untuk adik adik superb,
malam tu, lepas isyak kami berkumpul dekat dewan untuk sesi pengenalan fasi dan ice breaking. masa sesi pengenalan fasi tu kak pipah tak join, pi sambut Prof Norita baru sampai, sebab tu la kak pipah macam blurr sikit pasaipa tiba tiba wujud nama 'Mikhail'.
![]() |
jangan gelak tengok tempat tidoq kami, |
esok paginya (Sabtu 25 April 2016) kalau ikut tentatif tu kena solat subuh berjemaah. Kami sampai ja kat surau tu tengok tengok Prof Norita dah ada hewhew. Fasi lelaki pulk sorang pon tak sampai lagi. Kak pipah agak depa terlajak lah tu haaha. Terus tangan ni pi dail mikhail, dua kali jugak kot call baru angkat. Kuliah subuh pagi tu rasanya afzan yang bagi,, eh ka salah orang?
Lepastu balik siap siap lawa lawa pakai baju Kemsis (yang cantik tu kahkah) baru lah pi sarapan. Hari ni kira hari kemuncak lah, semua aktiviti PY buat hari ni, Love Science, Love Islam
, Everyone Can Fly
with Ibnu Firnas Glider dan Explorace :
Science and Al-Quran Challenge.
Tapi sebelum tu kita senaman duluuu. Masa explorace tu, kak pipah jaga checkpoint pembentukan
awan dan hujan besttt adik adik pon bestttt.
![]() |
happynyaa boss dikelilingi gadis gadis ayu food bio |
Malamnya pulak kami ada sesi pengenalan Usim dan FST. Tetiba pulak petang tu depa suruh kak
pipah cerita pasal kos Food Bio,kos kos lain orang lain la cerita ,, kami jugak (fasi-fasi) ada explain
sikit sikit pasal Tamhidi dengan matrik, alhamdulillah semuanya okay. tapi cuak jugak la lama dah
tak cakap depan ramai orang ni, :) Habis slot tu kita ada persembahan peserta yeayyyy. Deme ni
punya performance memang superb. thumbs up!
dah hari last huhuhu (Ahad 26 April 2015) huhuhuhuhuhu
kononnya dalam tentatif 5.30 kembara qiam, huh kembara qiam la sangat last last jadik
kembara subuh,.. lepas subuh baru kami mengembara mengelilingi superb. masing masing
letih kan dah 'all out' masa program hari sabtu tu sepanjang hari. kalau pagi semalam tu
kak pipah call gerak mikhail hahaha pagi ahad tu dia pulak yang call kak pipah. serius tak
sedaq padahal dah kunci alarm kot! kalut lah bangun buat apa yang patot, lari sepenuh
tenaga pi surau *okay hiperbola. tapi jauh gak aa surau dengan rumah tempat kami tidoq
tu..
![]() |
Ni group semut, kak pipah tak dapat la join group unta masa kembara subuh ni so merempat masuk group kak zureen hahaha |
![]() |
nampak bungalow hujung duinia tu? ha tu la tempat kami menginap , tengok dari sini pon nampak jauhnyaaa kannn |
pukul 8 barulah start ceramah motivasi dengan Puan Yati. Puan Yati ni lecturer FKP Usim
sebenarnya. Cikgu Fazil yang suruh kak pipah contact Puan Yati ni. Rupa rupanya
Puan Yati ni dah pernah berprogram dengan adik adik superb. Habis slot Puan Yati, rehat sat, lepastu
terus dengan majlis penutup dan sesi bergambar.
![]() |
kami semua sayang untaaa unta no satuuuu untalah juaraaaaa :') |
![]() |
ni faris, ketua group unta. sempoi! |
![]() |
ni pulak adik adik yang sangat banyak membantu, muahciked hiks |
![]() |
ni adik adik group unta bagi, kongsi dengan fasi hadiah yang depa dapat huhu kamsahamida |
![]() |
femesnyaa boss |
![]() |
merata tempat ada jimbir kan hahaha |
![]() |
abang abang kakak kakak dah nak naik bas, bye adik adik superb |
'
![]() |
Alhamdulillah semuanya berjalan lancaq. Berkemsis sampai tak dak suara lah siap demam lagi balik tu hehe,, Terima kasih semuaaaaaa. pipahlapchugaisss hiks.
![]() |
kemain memasing nak bergambaq dalam bas |
![]() |
lepas settle bagi bagi apa yang patut,, semuaaa ghuyub |
Allah izin, bas pulak tak dak aircond. cer bayangkan perjalanan kami dari bentong balik nilai macamana , panasnyaa ya rabbi sampai berpeluh peluh dalam bas tu. elok ja masuk nilai tetiba aircond ada hahahahaha menguji kesabaran betul!
Nak dijadikan cerita si aqil pulak tertinggal wallet dia dekat superb, so esoknya tu depa berempat ni pon pi la superb. Alhamdulillah la jugak haha sebabnya kak pipah terlupa nak bayaq duit ais yang guna masa explorace tu dekat mak cik kantin. jadinya luqman lah yang tolong settle dengan mak cik kantin tu. masa dia call tu siap perli kita lagi cakap jangan la nagis padahal kak pipah tak dak suara masa tu, kuangsam betul. btw kamsahamida.
No comments:
Post a Comment