Thursday, 6 October 2016

Syafakumullah

Entri kali ni pendek ja. Sem ni super duper sibuk. Masuk kelas, tak dak  kelas masuk lab buat thesis.

Adik warded lagi minggu lepas. Tak ingat dah untuk kali yang ke berapa kalinya huhu. Boleh kata setiap tahun la dia kena admit sejak lepas operation dulu. Semoga Allah merahmati mu dan memberikan kesihatan yang baik buatmu adindaku. Pagi jumaat tu, umi telefon subuh subuh lagi. Umi habaq kata nak bawak adik pi KMC. Umi cakap adik dok muntah muntah dan sakit dekat tempat operation dulu. Huhuhuhuhu angah nak balikkkkk. Tapi Alhamdulillah la ni dah keluaq wad dah. Alhamdulillah kali ni tak teruk sangat, Mr Mani (Dr yang handle kes adik dari dia darjah enam dulu)  tahan dia sehari ja.Nak observe keadaan dia. Adik ni, kalau tak sakit sangat dia takkan mintak suruh abah bawak dia pi KMC. Tapi hari tu, dia dok kata dekat umi dia sakit, dia rasa nak mati dah, huhu angah yang dok jauh ni dah sebak tak sangga dah. Hayatikuuuuu I miss youuuu.

Hmmm, minggu lepas jugak pipah ada dapat tahu satu khabaran yang tak berapa baik la. Dia nak kena bedah. Allah ja yang  tahu macamana pipah sedaya upaya menahan jari dari bertanyakan khabar tentang dia. Huhuhu sungguh tak mudah sebenarnya. Pagi esoknya tu, dalam kelas Enzyme terbukak media sosial,  nampak pulak gambar dia terbaring atas katil  hospital. Hahaha tu la sapa suruh main telefon dalam kelas, kan dah tak keruan. Setiap kali rasa nak whatsapp dia, Alhamdulillah Allah izinkan mulut sebut Astaghfirullahala’dhim. Orang mungkin nampak benda ni macam biasa. ‘Alaa whatsapp tanya khabaq ja kot’. Tapi, bagi pipah benda benda macam ni tak biasa.

Pipah memang la tak baik mana, tapi selagi mampu jaga apa yang boleh, InsyaAllah pipah akan jaga.
Kalau ikutkan hati nak ja hantaq mesej ‘Get Well Soon’ ka ‘Syafakallah’ ka (Arabic sikit haha) kat dia. Hahahaha tapi, hmm tak pa lah. Kami doa ja dekat hampa na. Hampa tak tau pon tak pa lah.
Agak-agak kalau dia baca entri entri dekat blog ni, dia tau dak ‘dia’ yang pipah selalu maksudkan kat sini adalah dia hahahahahahaha.
Lain orang lain cara nak jaga hati dari perkara perkara macamni. Semoga Allah pelihara kita semua.

                                          *thesis oh thesis ohhh lalalalalala ~~~

No comments:

Post a Comment