Entri kali ni pendek ja. Sem ni
super duper sibuk. Masuk kelas, tak dak
kelas masuk lab buat thesis.
Adik warded lagi minggu lepas. Tak
ingat dah untuk kali yang ke berapa kalinya huhu. Boleh kata setiap tahun la
dia kena admit sejak lepas operation dulu. Semoga Allah merahmati mu dan
memberikan kesihatan yang baik buatmu adindaku. Pagi jumaat tu, umi telefon
subuh subuh lagi. Umi habaq kata nak bawak adik pi KMC. Umi cakap adik dok
muntah muntah dan sakit dekat tempat operation dulu. Huhuhuhuhu angah nak
balikkkkk. Tapi Alhamdulillah la ni dah keluaq wad dah. Alhamdulillah kali ni
tak teruk sangat, Mr Mani (Dr yang handle kes adik dari dia darjah enam dulu) tahan dia sehari ja.Nak observe keadaan dia.
Adik ni, kalau tak sakit sangat dia takkan mintak suruh abah bawak dia pi KMC.
Tapi hari tu, dia dok kata dekat umi dia sakit, dia rasa nak mati dah, huhu
angah yang dok jauh ni dah sebak tak sangga dah. Hayatikuuuuu I miss youuuu.
Hmmm, minggu lepas jugak pipah ada
dapat tahu satu khabaran yang tak berapa baik la. Dia nak kena bedah. Allah ja
yang tahu macamana pipah sedaya upaya
menahan jari dari bertanyakan khabar tentang dia. Huhuhu sungguh tak mudah
sebenarnya. Pagi esoknya tu, dalam kelas Enzyme terbukak media sosial, nampak pulak gambar dia terbaring atas
katil hospital. Hahaha tu la sapa suruh
main telefon dalam kelas, kan dah tak keruan. Setiap kali rasa nak whatsapp
dia, Alhamdulillah Allah izinkan mulut sebut Astaghfirullahala’dhim. Orang
mungkin nampak benda ni macam biasa. ‘Alaa whatsapp tanya khabaq ja kot’. Tapi,
bagi pipah benda benda macam ni tak biasa.
Pipah memang la tak baik mana, tapi
selagi mampu jaga apa yang boleh, InsyaAllah pipah akan jaga.
Kalau ikutkan hati nak ja hantaq
mesej ‘Get Well Soon’ ka ‘Syafakallah’ ka (Arabic sikit haha) kat dia. Hahahaha
tapi, hmm tak pa lah. Kami doa ja dekat hampa na. Hampa tak tau pon tak pa lah.
Agak-agak kalau dia baca entri entri
dekat blog ni, dia tau dak ‘dia’ yang pipah selalu maksudkan kat sini adalah
dia hahahahahahaha.
Lain
orang lain cara nak jaga hati dari perkara perkara macamni. Semoga Allah
pelihara kita semua.*thesis oh thesis ohhh lalalalalala ~~~