Thursday, 6 October 2016

Syafakumullah

Entri kali ni pendek ja. Sem ni super duper sibuk. Masuk kelas, tak dak  kelas masuk lab buat thesis.

Adik warded lagi minggu lepas. Tak ingat dah untuk kali yang ke berapa kalinya huhu. Boleh kata setiap tahun la dia kena admit sejak lepas operation dulu. Semoga Allah merahmati mu dan memberikan kesihatan yang baik buatmu adindaku. Pagi jumaat tu, umi telefon subuh subuh lagi. Umi habaq kata nak bawak adik pi KMC. Umi cakap adik dok muntah muntah dan sakit dekat tempat operation dulu. Huhuhuhuhu angah nak balikkkkk. Tapi Alhamdulillah la ni dah keluaq wad dah. Alhamdulillah kali ni tak teruk sangat, Mr Mani (Dr yang handle kes adik dari dia darjah enam dulu)  tahan dia sehari ja.Nak observe keadaan dia. Adik ni, kalau tak sakit sangat dia takkan mintak suruh abah bawak dia pi KMC. Tapi hari tu, dia dok kata dekat umi dia sakit, dia rasa nak mati dah, huhu angah yang dok jauh ni dah sebak tak sangga dah. Hayatikuuuuu I miss youuuu.

Hmmm, minggu lepas jugak pipah ada dapat tahu satu khabaran yang tak berapa baik la. Dia nak kena bedah. Allah ja yang  tahu macamana pipah sedaya upaya menahan jari dari bertanyakan khabar tentang dia. Huhuhu sungguh tak mudah sebenarnya. Pagi esoknya tu, dalam kelas Enzyme terbukak media sosial,  nampak pulak gambar dia terbaring atas katil  hospital. Hahaha tu la sapa suruh main telefon dalam kelas, kan dah tak keruan. Setiap kali rasa nak whatsapp dia, Alhamdulillah Allah izinkan mulut sebut Astaghfirullahala’dhim. Orang mungkin nampak benda ni macam biasa. ‘Alaa whatsapp tanya khabaq ja kot’. Tapi, bagi pipah benda benda macam ni tak biasa.

Pipah memang la tak baik mana, tapi selagi mampu jaga apa yang boleh, InsyaAllah pipah akan jaga.
Kalau ikutkan hati nak ja hantaq mesej ‘Get Well Soon’ ka ‘Syafakallah’ ka (Arabic sikit haha) kat dia. Hahahaha tapi, hmm tak pa lah. Kami doa ja dekat hampa na. Hampa tak tau pon tak pa lah.
Agak-agak kalau dia baca entri entri dekat blog ni, dia tau dak ‘dia’ yang pipah selalu maksudkan kat sini adalah dia hahahahahahaha.
Lain orang lain cara nak jaga hati dari perkara perkara macamni. Semoga Allah pelihara kita semua.

                                          *thesis oh thesis ohhh lalalalalala ~~~

Wednesday, 31 August 2016

Bonne chance Bro!

Salam a'laik kawan kawan hehe. Comment allez-vous? (ihsan google translate)

Hehe minggu ni pipah happy walaupun seminggu masuk lab, thesis tak jadi, kecewa dengan thesis dan macam macam lagiiii hmm. kita happy sebab mak kita datang kikiki. Mak ni adik umi (my real mother). Panggilan dalam family kami ya unik dikit deh (terbawa-bawa bahasa indonesia lagi hehe tak habis move on lagi #yukkeacheh16 ----- okay ni next entry biiznillah) . Kembaq umi kami semua panggil Ibu, Umi anak kedua, Mak ni anak ketiga, yang bongsu ja kami semua panggil mak su. Agaknya sebab masa tu mak su tak kawen lagi kot haha idk.

Saja la entri ni nak cerita cerita sikit hehe. Seminggu masuk lab lepastu stress sendiri haha.  Dah hujung minggu hari tu kita free, along pon ajak la pipah pi kenduri kawan dia, senior pipah masa kat Matri dulu (senior kawen next entri haha kau semua nak next entriii), petang tu mak ajak keluaq makan sama- sama sebelum ikhwan (cousin pipah) bertolak pi Paris. Petang Sabtu tu kami makan dekat Sate Kajang Haji Samuri kenyang giloss. Pipah dengan along sampai dulu situ. Naik kereta asing asing. Kami dua dari Kuis. Mak, ayah ,Irsyad dengan Izzah mai dari hotel depa. Lepastu ayah 'drop' kan mak dengan Izzah dekat Sate Kajang tu, dia terus pi ambik Ikhwan dekat maktab (IPG Bangi). Lama jugak la kami tunggu dekat situ huhu siap boleh sembahyang Maghrib dulu, turun turun tak sampai sampai jugak haha rupa-rupanya Ikhwan ada nak settle benda sikit. Menyempat la kami gegadis-wanita ni wefie dulu kekeke.




Sampai dekat Isyak jugak la kami dok situ hahaha. Nampak la Ikhwan tu kepenatan. Berapa hari dah tidoq pukul 5 pagi. Depa pon ada training sebelum pi Calais tu. Siap kena hantaq report setiap hari huhu mencabarnya.



Aktifnya lahaiii mamat ni sorang. Pipah sendiri pon teringin jugeeek nak join misi misi sukarelawan macamni huhuhu.

ikhwan ni antara lima orang yang terpilih untuk menyertai misi sukarelawan di Kem Pelarian transit dekat Calais, Perancis. Kem Pelarian ni menempatkan pelarian pelarian dari Syria. Depa berlima ni pi sana, tolong sediakan makanan untuk 1000-1200 pelarian setiap hari selama 3 minggu. Tapi sebenaqnya bukan masak saja, kerja kerja lain pon depa kena buat jugak. Kiranya, mamat ni beraya dekat perantauan la tahun ni. Pengalaman baru la untuk dia. Bestnyaaaaa. *perit deme orang tak nampak kann? Hmmm 


Ni la lima orang yang terpilih tu. Yang pakai baju biru tu dato' Zuraidah, Pengerusi YSS




sesi 'interview' oleh Bernama TV








Sebak jugak la masa tengok mak terjatuh ayaq mata masa peluk cium ikhwan hari tu huhu. Mothers always be a mother right?

malam tu lepas hantaq ikhwan, ayah bawak pi makan. Esok paginya mak telefon lagi nak belanja sarapan haha walhal masa makan malam tu dah kemain salam semua macam nak gerak balik terus pagi pagi tu hehehe. Pakat dok ajak pipah balik perlis sekali huhuhu what can I do? Thesis menghantui huhuhuhuhu.

ooh kat bawah ni link untuk ke page YSS, kot kot la ada yang tengok kikiki



*nak itut balikkkkkk

Sunday, 8 May 2016

Plan Move On Tak Jadi

Hahahahaahaha tajuk entri dah macam tajuk drama pulak, apa namanya Plan Cinta Tak Jadi kahkah

Astaghfirullahala'dhim.

Kemain gigih bersemangat kau plan tak nak wish birthday la apa semua tu, but at the end apa yang sudah kau lakukan ? 

Jadi, what I can do for now is Du'a. Doa kan senjata Muslim. okaylah tak payah panjang panjang sangat entri kali ni. Sedih tak habis lagi,. Sedih sebab tak dapat stick to the plan. 

good night ebelibodeh. Ahlaman Saiedah. 

Jumpa lagi next entri, mungkin pasal FPD atau mungkin pasal ilham lepas baca Buku Pelukis Jalanan by teme hiks atau mungkin pasal plan prank birthday abah wiwiwi . InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi :)

Saturday, 2 April 2016

ayuh kita move on!

Sebelum menulis eh menaip ni, adalah terbukak dan terbaca beberapa blog, hahaha kemain baca blog orang orang hebat, entri tips ibu mengandung la, entri mekap mekap bff tunang la, entri business la but i'm not one of them YET! InsyaAllah one fine day hewww *berangan

Entahla rasa nak cerita sesuatu malam ni. Hmm

The story begins when I suddenly realized something. Sha yang perasan sebenaqnya. I ni style, semua benda nak story mory tak kesahla dengan dewi ka dengan baim ka. Umi ofkos la. In the first place mesti la nk cerita dekat umi,. Tambah tambah soal hati dan perasaan ni.

tapi tak boleh lebih lebih cerita kat sini 

cerita lama dah actually, dipendekkan cerita I tetiba terasa macam 'feeling something weird when I met him', mesti boleh agak dah kan hahaha tapi jangan risau i tengah nak move on ni, totally nak move on! 

And I secara separa sedar mungkin, buat things that i've never done to man/boy/ jejaka/lelaki selain abah i and family (lelaki) la. Bila I story mory dekat Baim dengan Dewi, depa pon cakap

.....dah agak dah, sebab pipah bukan macam ni. T_T

I rarely mesej dengan lelaki, apatah lagi kalau bukan soal kerja memang tak la nak wasep ka apa ka. Jumpa sebab suka suka lagila NO WAY bro!!

 Apa yang sangat pelik adalah bila I terlalu bersemangat nak bagi makanan kat dia. Bajet suka masak sangat.Okayla suka la jugak masak (merapu merapu ja masak) Dan lagi pelik bila I sendiri semangat masak dari Perlis semata mata nak bagi dia makanan,ada la tiga pat kali jugak huhu. ole ole la kononnya cis! Lepastu, haritu masa festival anak negeri ponI semangat ja nak bagi dia rasa harumanis ceittttt

And recently, tak recently sangat la,ada la solat istikharah ecece haha and I got to know something about him, Allah nak tunjuk sesuatu la tu- Hanis kata

and my first step to move on from all this adalah dengan hide moment wechat yeayyyy. Step 1 succeed oyeah. kalau boleh nak hapuskan semua segalanya tentang dia haha overnya kau jah!

Langkah seterusnya ialah buat buat ja tak nampak dia kahkah. Hoh before that, dia yang dimaksudkan bukanlah lecturemate dan yang pastinya bukanlah classmate. Tapinya, nak dijadikan kisah hidup lagi, terjumpak pulak masa singgah nak beli makanan buat iftar last week.Memula tu buat buat tak nampak pastu dia pi tegoq pulakkk Ish syaitonirrajim betullahhhh nak terjumpa tu tak pa la kan nak buat macamana dah tak boleh mengelak masa tu, masalahnya tetiba nak terketaq tergugup pasaipa ntah.

okayla next step, apa kau perlu buat? Ha doa la bebanyak supaya natural balik hati kau tu. Ambik masa, cuci balik hati tu, Nak buat benda baik ni memang banyak ujiannya kan.

oh lupa pulak, never ever stalk dia. arasso?

Btw, dia ni la yang I cerita kat umi dulu tu, (dah ada entry sebelum ni)

oakay birthday dia dah nak dekat ni(to be more precise, tigaplohsatu hari lagi) Jangan wish! buat donno ja.HAHAHA jangan bagi apa apa dah HAHAHAHAHA makanan pon jangan HAHA huhu T_T, *bukan salah dia pon I yang tersuka dia, dan I nak heal balik my heart tu ja.

Macam Dr Cinta pulak malam ni, huhu

Apa apa pon balik semula pada syariat, doa bebanyak mintak Allah tolong, sebab Allah ja yang boleh tolong kita meski kita ni banyak dosa, selalu lalai huhuhu

Hati dia dan hati kita Allah yang pegang kan? So put your trust in Him :) Tak perlu berkapel kapel semua ni *seriestalk Ni ada yang berkapel bertahun tahun lastnya kawin dengan orang lain.Berkapel sebelum kawin, nanti habis manisnya terbuang begitu saja, keberkatan dalam perkahwinan pon hilang begitu sahaja (ustaz cakap).

 Hello my future husband, kalau awak sedang berkapel, tolong clash nowthedoublingtobilhaq!!!!! 

 kalau kita nak yang soleh ,kita kena la jadi solehah dulu kan?

 Yakin dengan janji Allah ya kawan kawan :)

Ni kalau dia baca dan perasan entri ni pasal dia...... matila cheq hahahahaha, 

saja nak share lirik lagu Tenggelamnya kapal Van Der Wijck sikit kiki

Aku yang terusir jauh dari kamu, jauh dari kamu
Cinta dan harapan dibunuh dan mati, bangkit dan terbunuh lagi
Aku yang mengemis, mengais cintamu seperti pengemis
Aku yang dibuang dari relung tangan orang yang kucinta

Oh Tuhan ampunilah dosa, dendam aku padanya

Dengar dan ingatlah saat aku bangkit dari kesedihan

Ayuh kita move on hewhew ayuh ayuh !!!

Goodnight mmuah cikit
 





Tuesday, 9 February 2016

Kemsis (Part 3)

Bismillah,

Assalamualaikum, Hi hehehe

dah nak habis cuti sem baru sempat  cuci sarang dalam blog ni. cuti tinggal dua minggu ja lagi. i memang tak kerja part time masa cuti tapi i tetap sibuk as 'a full time housewife' hahahahaha.

okay meh sini nak sambung story mory kemsis part three. moga moga ni last part, 

hari tu berenti kat mana eh? oh hari nak bertolak pi superb kan :)

boleh dah ni jadi model superb
                            

hari jumaat- 24 April 2015 hahaha berkurun punya cerita tapi nak jugak cerita kat sini. dalam pukul 2.30 kot kami berkumpul dekat  kk1, angkut barang semua lepastu bertolak ke superb. nak dijadikan cerita, tagging fasi ka sticker nak lekat dekat fail tu ntah tertinggal pulak dekat kk1 (asrama usim). kami pon berenti la dulu dekat Masjid Nilai tu sementara tunggu kawan luqman mai hantaq benda tu. lepastu bermulalah permusafiran kami ke Negeri Pahang. Dalam perjalanan tu, kami beberapa orang yang duduk kat bahagian depan bas ni (sapa ja eh, Hannan, zureen, miyya, lin.. tu ja kot ) sibuk dok lekatkan sticker dekat fail adik adik. ada jugak yang bertugas edarkan tagging fasi dalam bas . Habis lekatkan sticker tu kami berjamuan nuget gentel sikit wiwiwi (orang orang yang dok depan ja la yang merasa) hahaha


masih dalam simpanan kak pipah :)

lepastu tak ingat la apa yang kami buat, tidoq kot dalam bas tu .......................... ohh ada la jugak sembang sembang dengan pak cik bas hehe

kami sampai dekat superb dalam pukul 6++, yang pastinya masuk ja rumah semua fasi kalut kalut sebab tak sembahyang asaq lagi. masuk ja superb kami terus disambut oleh adik adik superb ni, kiri kanan jalan depa tunggu tunjuk arah (dalam kawasan sekolah la). depa ni memang friendly wehuuu.. tolong angkat barang barang, beg fasi pon depa nak tolong angkat hahaha. petang tu la baru first time jumpa cikgu fazil. sebelum program, semua urusan melalui telefon ja. Alhamdulillah, cg pon dah siap bahagi ajk lagi untuk adik adik superb, 


malam tu, lepas isyak kami berkumpul dekat dewan untuk sesi pengenalan fasi dan ice breaking. masa sesi pengenalan fasi tu kak pipah tak join, pi sambut Prof Norita baru sampai, sebab tu la kak pipah macam blurr sikit pasaipa tiba tiba wujud nama 'Mikhail'.




masa sesi ice breaking tu kak pipah join la haha. and my team is Kumpulan Unta. hashtag sikit #kamisemuasayangunta huhuhu rinduu. Tapi biasala malam tu macam semua malu malu kucing sikit la (oh sekolah agama kan sorryyy) .., kak pipah lagi la segan dengan hampa dik oii , hampa semua dah la lelaki pastu dok buat tak mau cakap pulak sebbaik ada jimbir dengan kechek (kak pipah rasa depa ni banyak cakap jugak la). Kak pipah pon ingat ingat lupa dah nama adik adik group unta ni, Jimbir Kechek Faris Antek Rizal sapa lagi ntah, sorry adik adik,, Balik bilik, sebelum semua tidoq kami semua fasi perempuan  berkumpul dulu kat bawah, baca Al Mulk hehehe alhamdulillah .

                                          
                                                        ni la adik adik group unta

jangan gelak tengok tempat tidoq kami, 


esok paginya (Sabtu 25 April 2016) kalau ikut tentatif tu kena solat subuh berjemaah. Kami sampai ja kat surau tu tengok tengok Prof Norita dah ada hewhew. Fasi lelaki pulk sorang pon tak sampai lagi. Kak pipah agak depa terlajak lah tu haaha. Terus tangan ni pi dail mikhail, dua kali jugak kot call baru angkat. Kuliah subuh pagi tu rasanya afzan yang bagi,, eh ka salah orang?

Lepastu balik siap siap lawa lawa pakai baju Kemsis (yang cantik tu kahkah) baru lah pi sarapan. Hari ni kira hari kemuncak lah, semua aktiviti PY buat hari ni, Love Science, Love Islam
Everyone Can Fly with Ibnu Firnas Glider dan Explorace : Science and Al-Quran Challenge. 
Tapi sebelum tu kita senaman duluuu. Masa explorace tu, kak pipah jaga checkpoint pembentukan 
awan dan hujan besttt adik adik pon bestttt.










  
happynyaa boss dikelilingi gadis gadis ayu food bio 







Malamnya pulak kami ada sesi pengenalan Usim dan FST. Tetiba pulak petang tu depa suruh kak 
pipah cerita pasal kos Food Bio,kos kos lain orang lain la cerita ,, kami jugak (fasi-fasi) ada explain 
sikit sikit pasal Tamhidi dengan matrik, alhamdulillah semuanya okay. tapi cuak jugak la lama dah 
tak cakap depan ramai orang ni, :) Habis slot tu kita ada persembahan peserta yeayyyy. Deme ni 
punya performance memang superb. thumbs up! 





dah hari last huhuhu (Ahad 26 April 2015) huhuhuhuhuhu

kononnya dalam tentatif 5.30 kembara qiam, huh kembara qiam la sangat last last jadik
kembara subuh,.. lepas subuh baru kami mengembara mengelilingi superb. masing masing
 letih kan dah 'all out' masa program hari sabtu tu sepanjang hari. kalau pagi semalam tu 
kak pipah call gerak mikhail hahaha pagi ahad tu dia pulak yang call kak pipah. serius tak 
sedaq padahal dah kunci alarm kot! kalut lah bangun buat apa yang patot, lari sepenuh 
tenaga pi surau *okay hiperbola. tapi jauh gak aa surau dengan rumah tempat kami tidoq 
tu.. 

Ni group semut, kak pipah tak dapat la join group unta masa kembara subuh ni
so merempat masuk group kak zureen hahaha


nampak bungalow hujung duinia tu? ha tu la tempat kami menginap ,
tengok dari sini pon nampak jauhnyaaa kannn
pukul 8 barulah start ceramah motivasi dengan Puan Yati. Puan Yati ni lecturer FKP Usim 
sebenarnya. Cikgu Fazil yang suruh kak pipah contact Puan Yati ni. Rupa rupanya 
Puan Yati ni dah pernah berprogram dengan adik adik superb. Habis slot Puan Yati, rehat sat, lepastu
 terus dengan majlis penutup dan sesi bergambar. 




kami semua sayang untaaa
unta no satuuuu
untalah juaraaaaa :')
ni faris, ketua group unta. sempoi!
ni pulak adik adik yang sangat banyak membantu, muahciked hiks


ni adik adik group unta bagi, kongsi dengan fasi hadiah yang depa dapat
huhu kamsahamida





femesnyaa boss




merata tempat ada jimbir kan hahaha

            
 abang abang kakak kakak dah nak naik bas, bye adik adik superb
                                       
'





Alhamdulillah semuanya berjalan lancaq. Berkemsis sampai tak dak suara lah siap demam lagi balik tu hehe,, Terima kasih semuaaaaaa. pipahlapchugaisss hiks. 

kemain memasing nak bergambaq dalam bas

lepas settle bagi bagi apa yang patut,, semuaaa ghuyub

Allah izin, bas pulak tak dak aircond. cer bayangkan perjalanan kami dari bentong balik nilai macamana , panasnyaa ya rabbi sampai berpeluh peluh dalam bas tu. elok ja masuk nilai tetiba aircond ada hahahahaha menguji kesabaran betul!


Nak dijadikan cerita si aqil pulak tertinggal wallet dia dekat superb, so esoknya tu depa berempat ni pon pi la superb. Alhamdulillah la jugak haha sebabnya kak pipah terlupa nak bayaq duit ais yang guna masa explorace tu dekat mak cik kantin. jadinya luqman lah yang tolong settle dengan mak cik kantin tu. masa dia call tu siap perli kita lagi cakap jangan la nagis padahal kak pipah tak dak suara masa tu, kuangsam betul. btw kamsahamida.





fuhhhhh alhamdulillah !! at last siap jugak... entri ni la paling lama sebab banyak benda nak recall lepastu banyak pulak tetamu mai dua tiga hari ni tak menyempat nak siapkan cepat cepat. macam buat assignment pulak hahaha till we meet again adik adik superb! insyaAllah :)